Wednesday, November 20, 2013

Tips Kurus Dengan Cepat


Berikut adalah 25 tips Oleh Kevin Zahri untuk membantu anda kurangkan berat badan di Malaysia.
 
 


1 - 10: Nutrisi dan Diet Pemakanan.

Kita mulakan dengan tip-tip diet dan pemakanan.
1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga
hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat
mengawal nafsu makan, malah memastikan
tenaga anda berterusan sepanjang hari.

2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu
anda kuruskan badan kerana nafsu makan anda
akan bergelora dan metabolisma badan anda
akan menurun.

3. Kenali keperluan kalori seharian anda. Ramai
yang tidak mengenali keperluan kalori seharian
masing-masing. Kalau tidak tahu, bagaimana
hendak mengawal kuantiti pemakanan?

4. Roti canai ... berapakah kalorinya? Pastikan
anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan
minuman seharian anda.

5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip
kuruskan badan yang paling mudah. Anda hanya
perlu menggantikan minuman bergula seperti teh
ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air
bebas gula. Dengan cara ini, anda boleh
mengurangkan kira-kira 10kg dalam setahun.
Ingin belajar caranya? Mudah sahaja, kira jumlah
kalori yang anda boleh jimat dengan tip ini.

6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi
apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan
berat badan untuk jangka masa panjang. Tetapi
elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia
akan menambah takungan air dalam badan anda.

7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan.
Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin
dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula)
yang boleh menggemukkan.

8. Segenggam tangan karbohidrat. Samaada anda
makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua
sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan
tidak melebihi segenggam tangan. Jikalau masih
tidak kenyang, tambahkan lauk.

9. Pastikan kuantiti pengambilan protein
mencukupi. Sebagai panduan, ingatkan diri anda
untuk mengambil 2 - 2.5g untuk setiap kg berat
badan anda. Pastikan juga protein lebih
mengenyangkan berbanding karbohidrat.

10. Kawal nafsu makan! Satu-satunya cara untuk
mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia
tidak berpeluang untuk terjadi. Namun sekiranya
nafsu makan itu sudah tiba, maka ia sudah
terlewat.
 
 
 
 11 - 20: Senaman.
Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Anda tidak perlu mencari trend senaman yang terkini. Apa yang penting ialah anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.

11. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin
mengurangkan berat badan, senaman
sebenarnya tidak wajib. Tetapi ia dapat
membantu mempercepatkan usaha anda.

12. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur.
Pastikan anda memasukkan senaman angkat
berat dalam program senaman anda. Kenapa?
Kerana ia membantu menguatkan otot, tulang,
sendi-sendi dan akhirnya jika anda sudah
berjaya menguruskan badan, sudah tentu anda
inginkan badan yang kental bukan?.

13. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan
hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang
paling penting adalah kualiti senaman anda.
Pastikan anda mahir dalam persediaan dan
pelaksanaan senaman anda. Kalau tidak pasti,
dapatkan panduan yang bernas daripada
mereka yang mahir.

14. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya
glukos. Sekiranya anda berjoging atau bermain
badminton dengan harapan untuk membakar
lemak, pastikan anda elakkan diri dari mengambil
minuman seperti Milo, 100Plus atau Gatorade.

15. Tidak perlu bersenam setiap hari. Jika
bersenam, tidak perlulah melakukannya setiap
hari. Ketahuilah bahawa hanya 2 - 4 kali
seminggu sudah memadai. Biarkan badan anda
rehat dan pulih. Ingat, yang penting adalah
kualiti senaman, bukannya kuantiti senaman
anda.

16. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan
peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana
selagi otot abs diliputi dengan lapisan lemak,
maka otot abs anda tidak akan menonjol.
Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio
dan penjagaan pemakanan untuk membakar
lemak.

17. Senaman untuk toning?. Senaman
semata-mata
tidak akan menunjukkan perubahan positif.
Usaha anda perlu digabungkan dengan
pemakanan yang baik untuk membakar kalori
(lemak).

18. Yoga untuk kuruskan badan? Tidak juga. Yoga
sememangnya sesuai untuk flexibility dan
ketenangan tetapi untuk senaman menurunkan
berat badan, kardio adalah pilihan yang jauh
lebih baik.

19. Sauna dan steam room? Kedua-duanya boleh
membantu mambakar kalori dan membuang air
dalam badan. Justeru, ia tidak menjadi masalah
anda jika anda ingin mengunjunginya.

20. Seks sebagai senaman? Sudah tentu. Aktiviti
seks adalah contoh senaman yang
sememangnya banyak membakar kalori dan juga
dapat mengurangkan stress.
 
 
 
 
21 - 25: Supplement dan makanan tambahan.
Jika digabungkan dengan diet, senaman asas yang baik serta supplement yang mencukupi, ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda untuk mengurangkan berat badan. Tapi ... pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas yang sering dilihat di dalam pengiklanan.

21. Pil cepat kurus? Tidak kira di mana dan apa juga
harganya, tiada pil ajaib yang boleh
mengurangkan berat badan serta membakar
lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang
baik. Ia mustahil.

21. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara
teorinya, yes. Peranan pembakar lemak adalah
untuk menaikkan metabolisma badan anda.Jadi
dengan pembakaran kalori berlebihanan ini,
anda dapat mengurangkan berat badan.
walaubagaimanapun, nasihat saya, jangan
bergantung kepada mana-mana supplement
untuk jangka masa panjang.

23. Ingin mengurangkan 1kg? Anda perlu bakar
atau membuang 7,700 kalori samada melalui
makanan, senaman ataupun gabungan kedua-
duanya sekali.

24. Supplement protein merupakan pilihan yang
baik sebagai snek antara hidangan. Supplement
protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli
dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat
mahupun di rumah.

25. Dapatkan supplement multivitamin yang baik.
Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan
nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda
mempunyai supplement multi-vitaman yang
bersesuaian dengan jantina, umur dan gaya
hidup anda yang unik.

No comments:

Post a Comment