Tuesday, November 19, 2013

Alpha Lipid LifeLine - Kebaikan Probiotik

ALPHA LIPID LIFELINE - BLENDED MILK POWDERED DRINK WITH COLOSTRUM POWDER AND LACTOBACILLUS ACIDOPHILUS AND BIFIDOBACTERIUM


  KEBAIKAN PROBIOTIK .

Sistem gastrousus ialah organ penghadaman dan pertahanan badan dengan keluasan permukaan yang terbesar bagi tubuh. Ia juga mengandungi mikroflora iaitu bakteria komensal dan merupakan sistem yang seimbang untuk menjaga sistem badan supaya sihat.Mikroflora probiotik dalam usus adalah penting untuk kesihatan. Kumpulan mikroflora ini adalah benteng pertahanan pertama dari organisma yang masuk dari luar.

Organisma penyebab penyakit biasanya membiak apabila koloni bakteria probiotik berkurang melalui tekanan/stress, penyakit, rawatan antibiotik, diet tidak seimbang atau perubahan fizikal dalam usus.

Antara kebaikan lain yang dikesan dari bakteria probiotik adalah:
● Mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa
● Membantu metabolism asid
● Meningkatkan dan memperbaiki sistem penghadaman
● Meningkatkan penyerapan galian seperti kalsium, magnesium dan fosforus
● Mensintesis short chain fatty acids
● Probiotik berkeupayaan menghasilkan vitamin seperti dan vitamin C dan beberapa jenis vitamin B.
● Melegakan gejala, memendekkan tempoh jangkitan cirit-birit dan cirit-birit yang disebabkan antibiotik pada orang dewasa dan kanak-kanak
● Mengurangkan penghasilan bahan toksik dalam usus
● Menguatkan sistem ketahanan badan
● Menguatkan sistem imun bagi mencegah jangkitan dan alahan

Kajian klinikal yang dijalankan mendapati bakteria probiotik berlainan spesies memberi menafaat yang berlainan kepada hostnya.Mikroflora usus yang seimbang mempunyai kesan positif ketara terhadap penghadaman.

Ia membantu mengawal ketidak-hadaman dan senak perut selepas makan dan memberi kesan positif ke atas beberapa penyakit gastrousus seperti irritable bowel syndrome (IBS).Enzim laktase menukarkan laktosa (di dalam produk tenusu) kepada glukosa dan galaktosa yang boleh digunakan oleh tubuh manusia.

Mereka yang menghidap alahan terhadap laktosa mempunyai tahap enzim laktase yang tidak mencukupi. Ini bermakna laktosa tidak boleh dihadamkan dan diserap, mengakibatkan cirit-birit, senak perut, kembung perut dan sakit dibahagian abdomen.

Probiotik seperti Laktobasilus gasseri menghasilkan laktase, oleh itu ia dapat membantu meningkatkan tahap enzim yang rendah sekali gus mengurangkan gejala alahan ini.

Bakteria Bifidobacteria anaerobic pleomorphic berbentuk rod (club shape) penting dalam memecahkan karbohidrat dalam makanan dan berinteraksi secara terus dalam proses metabolism host. Ia juga mensintesis dan mengeluarkan vitamin larut air bergantung kepada spesies dan strain bakteria.

Bifidobacteria banyak didapati pada bayi menyusu badan tetapi tidak pada orang dewasa.Kajian kanak-kanak yang diberi tambahan Bifidobaterium breve mengurangkan bakteria Campylobacter jejuni dalam najis. Susu formula bayi yang dikayakan dengan B bifidum dan Streptococcus thermophilus mengurangkan insidence cirit birit.

Probiotik Lactobacillus fermentum membantu usus besar sembuh dari keradangan (inflammation) dengan menambah paras glutathione dan mengurangkan pengeluaran mediator (TNFa dan NO) yang menyebabkan keradangan tersebut.

Kesan positif yang lain juga dikesan seperti menghalang penghasilan bahan toksik (kesan sampingan daripada metabolisme badan atau dari bakteria jahat) juga telah dibuktikan.

Microbiota dalam usus merubah imuniti dalam usus dan sistemik apabila mengeluarkan produk yang mempunyai kesan immunomodulatori seperti endotoxic lipopolysaccharide, peptidoglycans dan lipoteichoic acid.

Bahan-bahan ini mempengaruhi sel usus, juga sel leukocytes dalam darah, B dan T lymphocyte dan sel sistem imun yang lain.Microbiota juga berinteraksi dengan sistem imun melalui pengeluaran cytokine, proliferasi sel mononuclear, macrophage, modulasi autoimmunity dan imuniti terus dari protozoa dan bakteria berpenyakit.

3 strain Bifidobacteria dalam satu kajian didapati merangsang penghasilan IgA (Imunoglobulin A) apabila didedahkan kepada toxin kolera.

Kebaikan bakteria probiotik telah juga dibuktikan dalam :
● bakterial vaginosis
● jangkitan salur kencing
● jangkitan salur pernafasan
● masalah gigi berlubang
● necrotizing enterocolitis
● keradangan usus.

Kajian juga mendapati ia menambah kesihatan kepada kanak-kanak sihat atau yang sakit akibat kurang zat makanan.Pengambilan produk yang mengandungi probiotik sekurang-kurangnya tiga bulan dibuktikan mampu memendekkan tempoh jangkitan dan mengurangkan gejala selsema yang biasanya membuatkan ramai individu terpaksa mengambil cuti sakit, terutama penduduk negara musim sejuk.

Pengambilan probiotik juga boleh memulihkan keseimbangan mikroflora, yang menjadi tidak seimbang akibat sesetengah ubat seperti antibiotik yang membunuh semua jenis bakteria termasuk bakteria baik.

No comments:

Post a Comment