Wednesday, November 20, 2013

7Tips Diet Sihat



##tipsDIETSIHAT##

CUBA 7 PANDUAN INI ANDA PASTI KURUS! !!!!!!

PERATURAN 1: TIDAK MAKAN DAGING BOLEH KURANGKAN KALORI
Terdapat beberapa jenis daging yang mengandungi lemak tepu yang boleh menyebabkan pembuluh darah tersumbat. Jadi pilihlah daging tanpa lemak atau pengambilan daging tanpa lemak dua hidangan perhari. Untuk lebih baik variasikan pengambilan protien dari sumber protien lain seperti ikan dan kekacang.

PERATURAN 2: BERHENTI MENGUNYAH SELEPAS MAKAN MALAM
Anda tidak akan dapat tidur dengan lena jika anda bersenam atau melakukan aktiviti pada waktu malam. Jadi anda perlu bijak memilih kudapan sihat seperti kerepek gsnfum atau buah-buahan. Anda juga perlu mengira kalori yg diambil pada waktu malam. Ini bertujuan agar anda tidak tergoda dengan aiskrim atau kerepek kentang.

PERATURAN 3: MENAHAN NAFSU MAKAN.
Jangan terlalu manjakan diri dan anda boleh mengalih nafsu makan dengan mengunyah seji epal, sedikit biskut atau puding rendah lemak.
International Journal of Eating Disorders mengatakan jika anda menahan selera makan pada makanan tertentu, mungking anda akan makan lebih byk daripada yg diperlukan oleh badan.
Penelitian dari Universiti Toronto, Kanada pula mendapati wanita yg menahan keinginan makan coklat selama seminggu akan mengalami rasa keinginan. Akibatnya mereka akan makan lebih byk makanan manis.
Menurut Dr Kara Mohr, pakar nutrisi, secara psikologi anda akan tergoda kepada perkara yg akan tidak dapat dan ini akan membuat anda semakin ingin 'makanan terlarang' itu.

PERATURAN 4: ROTI MUSUH UTAMA
Roti gandum mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yg mengenyangkan. Karbohidrat yg mudah dihadam seperti roti putih, biskut dan pastri boleh menggemukkan. Anda akan merasa kenyang dan akan mengambil lebih byk kalori. Jika anda tidak suka dengan roti gandum pilihlah makanan rendah kalori seperti biskut gandum @ roti gandum madu.

PERATURAN 5: JANGAN AMBIL LEMAK
Anda perlu mengambil makanan yg mengandungi lemak tidak tepu dan omega 3 yg terdapat pada ikan, kacang, bijian dan minyak zaitun. Lemak tepu dan lemak trans akan menyebabkan saluran darah tersumbat dan risiko terkena serangan jantung.
Penelitian dalam American Journal of Clinical Nutrition menyarankan untuk mengambil salad yg dicampur dengan segenggam kacang walnut cincang, satu sudu minyak biji matahari @ minyak zaitun ke dlm campuran salad.

PERATURAN 6: JANGAN MEMESAN FAST FOOD
Kebanyakan restoran makanan segera mempunyai menu sihat. Pilih makanan yg dipanggang bukannya digoreng. Elakkan keju, mayonis atau sos krim. Pilihan terbaik ketika memesan makanan adalah sandwich ayam panggang atau hamburger dengan salad dan tomato.

PERATURAN 7: PILIH SNEK BERJUMLAH 100 KALORI
Jangan ingat semua snek kecil adalah terbaik kerana ia juga mengandungi pemanis buatan, gula dan minyak tepu.
Menurut J.J Virgin pakar nutrisi, dan penulis Six Weeks to Sleeveless and Sexy, anda akan rasa lapar dan tidak puas menikmati makanan dalam satu bungkusan kecil. Bukan kerana bungkusan yg kecil tetapi makanan itu tidak mengandungi protien dan serat sehingga anda ingin makan bungkusan kedua.
Penelitian dari Journal of Consumer Research mengatakan untuk tidak makan berlebihan anda boleh menyediakan bungkusan snek sendiri dan pilihlah biskut, kacang, kismis atau badam

1 comment:

  1. The King Casino: The New King & The World of Gaming
    The King Casino is the new place where the real https://septcasino.com/review/merit-casino/ money gambling is www.jtmhub.com legal https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ in Florida and Pennsylvania. We love https://jancasino.com/review/merit-casino/ the new casino. We've got some great

    ReplyDelete