"Mana lebih penting bagi penurunan berat badan? Diet atau Senaman."
Realitinya, individu yang ingin menurunkan berat badan akan memfokuskan usaha mereka, dan persoalan di atas akan muncul. Jadi, diet atau senaman?
Kebanyakan kajian dan pemerhatian, bukti menunjukkan hanya dengan perubahan diet akan menurunkan berat badan lebih banyak berbanding dengan bersenam. Bagi beberapa individu merasakan ianya logik dan sebahagian mungkin terkejut dengan kenyataan di atas. Ramai percaya bersenam akan lebih berkesan, dan mereka berusaha ke arah itu. Walaubagaimanapun, tanpa perubahan diet, kebanyakan individu akan bersusah payah untuk menurunkan berat badan secara signifikan dengan hanya bersenam.
KENAPA??? Kenapa DIET mampu memberi kesan signifikan pada penurunan berat badan? Kerana diet mengawal jumlah kalori yang banyak berbanding senaman.
Contoh:
Kalori masuk: 2000kcal
Kalori yang terbakar semasa bersenam : 500kcal
Nisbah: 2000:500 atau 4:1
atau 80:20 atau 80% berbanding 20%
Dalam kata lain, diet mengawal 80% jumlah kalori berbanding 20% untuk senaman. Kalau diet tak terkawal, memang sukar untuk pastikan jumlah kalori masuk tidak melebihi kalori yang keluar.
Daripada kita memfokuskan usaha kita untuk mendapatkan nombor tertentu pada alat penimbang, Saya galakkan anda untuk fokus pada tabiat pemakanan iaitu pengambilan makanan bernutrisi dan seimbang dan cipta hobi baru dengan senaman dalam kehidupan seharian. Ini semua penting..kita yg mencorak kesihatan kita..nak kurus ke nak berat badan ideal ke...atas diri kita sendiri...dlm masa yg sama kesihatan yg lain pun turut sihat...
KESIHATAN ITU MAHAL!!!!!
No comments:
Post a Comment