Wednesday, November 20, 2013

5 PETUA MUDAH KAWAL NAFSU MAKAN


5 Petua Mudah Kawal Nafsu Makan!

Ramai wanita termasuk lah saya nak kurus nak cantik nak langsing...biar selim melim gitu...sebab nak cari baju ngan seluar senang..ni dakkk dari satu kedai ke kedai survey tu yg berejam bershopping tu...yeee dak....

Ramai orang nak diet dan nak turunkan berat badan dengan bersenam dan mengambil "MEAL SUPPLEMENT" untuk menurunkan berat badan. Selain daripada cara-cara tersebut, anda juga boleh menurunkan berat badan dengan 'mengawal hawa nafsu makan' dengan cara yang betul.

Nafsu makan memang agak sukar dibendung pada peringkat permulaan, tetapi lama-kelamaan semuanya akan jadi mudah. Oleh itu, ada beberapa tips yang saya nak kongsikan untuk mengurangkan nafsu makan anda yang membuak-buak tu!!!

1. Minum air mineral
● Minum air mineral dalam 8 gelas sehari @ 2liter adalah perkara yang wajib dilakukan setiap hari. Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan nafsu makan anda meningkat secara mendadak!

2. Makan dalam kuantiti yang kecil
● Makan berulang-ulang kali dalam 4-5 kali adalah lebih baik daripada makan 3 kali dengan kuantiti makanan yang sangat banyak. Cara ini dikatakan dapat mengurangkan dan mengawal nafsu untuk makan. Kalau boleh guna pinggan yg kecil kalau guna pinggan besar confirm over ambik makanan.

3. Jangan lewatkan waktu makan
● Yang ni penting..Anda harus makan ikut waktu yang telah ditetapkan. Elakkan makan terlalu lewat kerana ia akan menyebabkan anda berasa sangat lapar dan membuatkan anda makan dengan banyak.

4. Lebihkan serat dalam menu makan anda
● Serat akan membuatkan anda berasa kenyang dan secara tidak langsung akan mengurangkan selera anda untuk makan. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu harian anda.

5. Makan secara perlahan
● Kunyah makanan perlahan-layan..kunyah ikut sunnah nabi..in shaaAllah perut akan akan cepat kenyang.Makan secara perlahan akan membuatkan anda berasa cepat kenyang walaupun anda makan dalam kuantiti yang sedikit.

Cara ini ternyata berkesan tetapi anda mungkin akan makan secara berulang-ulang dalam jangka masa yang pendek.

SELAMAT MENCUBA! !!

No comments:

Post a Comment