Wednesday, November 20, 2013

DETOX DULU SEBELUM DIET

DETOX UNTUK KURUS!!!!!!






Bagi pendiet2 alpha lipid sd2,cara paling penting apabila penurunan berat badan yang lambat atau boleh juga kepada pendiet2 yang baru untuk mencuba alsd2..ialah
cuci toksin tegar dulu....

Cara-caranya:
stop pengambilan alsd2 utk hari esok selama 2hari..then..
sehari makan buah-buahan.
sehari makan sayur-sayuran.
hari ketiga start minum alsd2 kembali..

Apa itu detox?

Detox atau detoksifikasi merupakan suatu proses pembersihan tubuh dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedarai telah masuk dan mengendap di dalam tubuh kita dalam jangka waktu yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu organ hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox secara semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Sayur paling penting untuk proses detox : Celery, Kobis ungu, Brokoli, salad, tomato, lobak

Buah paling penting untuk proses detox : Epal hijau, nenas, pear, dan lemon/oren.

Makanan yang berwarna yang baik untuk organ dalaman :
Merah : Jantung dan usus kecil
Putih : Paru-paru dan usus besar,
Hijau : Hati, buah hempedu.
Kuning : Pankreas,perut ( gastrik )
Hitam : Buah pinggang dan pundi kencing.


Tempoh masa detox?
Diet detox ini boleh dilakukan 2 hingga 3 hari berturut-turut. Bagi yang berminat untuk melakukan diet detox ini yang paling penting adalah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran ( dan semestinya 2 bahan ini banyak fitokimia dan vitamin C ). Kemudian anda perlu perbanyakkan makanan dari produk bijiran seperti fosforus dan laksatif. Anda juga harus kerap memakan kobis, brokoli dan sayur -sayuran yang banyak unsur sulfur ( baik untuk detox hati tau! ). Dan semua makanan ini perlu dimakan semasa diet detox.

Siapa perlukan detox?

Kepada MEREKA yg berlaku penurunan yg sedikit dgn alsd2..


AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT DAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG

KEBAIKAN ALPHA LIPID LIFELINE

Alpha Lipid Lifeline - MELAMBATKAN PENUAAN

Alpha Lipid Lifeline - "BREAKFAST DRINK FOR SMART PEOPLE"

Kolostrum dan Anti Penuaan






Penuaan melembabkan kita. Ia mempengaruhi kesihatan kita, rupa fizikal kita dan kualiti kehidupan secara keseluruhannya. Penyelidikan terperinci menunjukkan kolostrum adalah unik kerana ia hanya membekalkan hormon-hormon anti penuaan di dalam keseimbangan yang sempurna, seperti yang dikehendaki oleh alam. Itulah sebabnya tiada kesan-kesan sampingan pengambilan kolostrum walaupun pada dos yang lebih tinggi.

Saya ingin mewar-warkan juga bahawa Alpha Lipid Lifeline adalah "Breakfast Drink for Smart People - Sarapan Pagi untuk Orang Bijak"

Kenapa? --Kita mahu orang ramai mengamalkan Alpha Lipid Lifeline sebagai sarapan pagi yang paling berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan mereka. Amalkan minum Alpha Lipid Lifeline di awal pagi waktu perut kosong, selepas tu baru ambil makanan/sarapan lain yang biasa anda makan spt nasi lemak, roti canai,teh tarik dan sebagainya.

Kenapa ambil waktu Pagi? --Biasanya di awal pagi perut masih kosong. Jika anda ambil Alpha Lipid yg penuh khasiatnya, maka penyerapan zat-zat akan sempurna.

Tambahan pula jika ambil di awal pagi ia memudahkan anda ingat setiap pagi minum Alpha Lipid Lifeline. Selain itu, apabila anda keluar rumah untuk bekerja, bermakna anda "memagarkan/membenteng" diri anda dari ancaman virus/bakteria/kulat (patogen) yang sentiasa menyerang badan manusia setiap hari.

KENAPA DIET PENTING DARI SENAMAN

PENURUNAN BERAT BADAN - KENAPA DIET PENTING DARI SENAMAN???? 







Jom sama2 kita check....

"Mana lebih penting bagi penurunan berat badan? Diet atau Senaman."

Realitinya, individu yang ingin menurunkan berat badan akan memfokuskan usaha mereka, dan persoalan di atas akan muncul. Jadi, diet atau senaman?

Kebanyakan kajian dan pemerhatian, bukti menunjukkan hanya dengan perubahan diet akan menurunkan berat badan lebih banyak berbanding dengan bersenam. Bagi beberapa individu merasakan ianya logik dan sebahagian mungkin terkejut dengan kenyataan di atas. Ramai percaya bersenam akan lebih berkesan, dan mereka berusaha ke arah itu. Walaubagaimanapun, tanpa perubahan diet, kebanyakan individu akan bersusah payah untuk menurunkan berat badan secara signifikan dengan hanya bersenam.

KENAPA??? Kenapa DIET mampu memberi kesan signifikan pada penurunan berat badan? Kerana diet mengawal jumlah kalori yang banyak berbanding senaman.

Contoh:
Kalori masuk: 2000kcal
Kalori yang terbakar semasa bersenam : 500kcal
Nisbah: 2000:500 atau 4:1
atau 80:20 atau 80% berbanding 20%

Dalam kata lain, diet mengawal 80% jumlah kalori berbanding 20% untuk senaman. Kalau diet tak terkawal, memang sukar untuk pastikan jumlah kalori masuk tidak melebihi kalori yang keluar.

Daripada kita memfokuskan usaha kita untuk mendapatkan nombor tertentu pada alat penimbang, Saya galakkan anda untuk fokus pada tabiat pemakanan iaitu pengambilan makanan bernutrisi dan seimbang dan cipta hobi baru dengan senaman dalam kehidupan seharian. Ini semua penting..kita yg mencorak kesihatan kita..nak kurus ke nak berat badan ideal ke...atas diri kita sendiri...dlm masa yg sama kesihatan yg lain pun turut sihat...

KESIHATAN ITU MAHAL!!!!!

5 PETUA MUDAH KAWAL NAFSU MAKAN


5 Petua Mudah Kawal Nafsu Makan!

Ramai wanita termasuk lah saya nak kurus nak cantik nak langsing...biar selim melim gitu...sebab nak cari baju ngan seluar senang..ni dakkk dari satu kedai ke kedai survey tu yg berejam bershopping tu...yeee dak....

Ramai orang nak diet dan nak turunkan berat badan dengan bersenam dan mengambil "MEAL SUPPLEMENT" untuk menurunkan berat badan. Selain daripada cara-cara tersebut, anda juga boleh menurunkan berat badan dengan 'mengawal hawa nafsu makan' dengan cara yang betul.

Nafsu makan memang agak sukar dibendung pada peringkat permulaan, tetapi lama-kelamaan semuanya akan jadi mudah. Oleh itu, ada beberapa tips yang saya nak kongsikan untuk mengurangkan nafsu makan anda yang membuak-buak tu!!!

1. Minum air mineral
● Minum air mineral dalam 8 gelas sehari @ 2liter adalah perkara yang wajib dilakukan setiap hari. Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan nafsu makan anda meningkat secara mendadak!

2. Makan dalam kuantiti yang kecil
● Makan berulang-ulang kali dalam 4-5 kali adalah lebih baik daripada makan 3 kali dengan kuantiti makanan yang sangat banyak. Cara ini dikatakan dapat mengurangkan dan mengawal nafsu untuk makan. Kalau boleh guna pinggan yg kecil kalau guna pinggan besar confirm over ambik makanan.

3. Jangan lewatkan waktu makan
● Yang ni penting..Anda harus makan ikut waktu yang telah ditetapkan. Elakkan makan terlalu lewat kerana ia akan menyebabkan anda berasa sangat lapar dan membuatkan anda makan dengan banyak.

4. Lebihkan serat dalam menu makan anda
● Serat akan membuatkan anda berasa kenyang dan secara tidak langsung akan mengurangkan selera anda untuk makan. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu harian anda.

5. Makan secara perlahan
● Kunyah makanan perlahan-layan..kunyah ikut sunnah nabi..in shaaAllah perut akan akan cepat kenyang.Makan secara perlahan akan membuatkan anda berasa cepat kenyang walaupun anda makan dalam kuantiti yang sedikit.

Cara ini ternyata berkesan tetapi anda mungkin akan makan secara berulang-ulang dalam jangka masa yang pendek.

SELAMAT MENCUBA! !!

ALPHA LIPID LIFELINE BAIK UNTUK HAMIL, SEDANG HAMIL DAN BERPANTANG

ALPHA LIPID LIFELINE BAIK UNTUK HAMIL,SEDANG HAMIL DAN BERPANTANG

Bagi pasangan yang telah bertahun tahun berusaha untuk hamil dan mendapat zuriat masing-masing tentunya masih belum terlambat untuk anda mencuba Alpha Lipid Lifeline ini dan alhamdulillah telah saya kongsikan kebaikan ALPHA LIPID LIFELINE dgn kenalan FB saya yang telah 5 tahun berkahwin tapi masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata d
an akhirnya dengan ikhtiar , kesabaran dan bertawakal setelah disarankan untuk mengamalkan alpha lipid lifeline atas keizinan dari yang ESA pasangan ini berjaya dengan usaha mereka. ALHAMDULILLAH..

(maaf ye customer ni x izin sy publish kan msj dia, katanya baru msk 4bln)

SEBELUM HAMIL:
Wanita2 yang merancang untuk hamil, adalah disarankan minum Alpha Lipid setiap hari agar rahim berada dalam keaadaan kuat dan sihat serta bersedia utk menempuhi tempoh kehamilan yang baik sepanjang 9 bulan. Alpha Lipid juga baik utk kesuburan (persediaan kehamilan).

DALAM TEMPOH KEHAMILAN: Sepanjang kehamilan, pengambilan Alpha Lipid akan melengkapkan segala zat2 yang diperlukan oleh ibu dan bayi didalam kandungan. Sekiranya anda tergolong dalam golongan wanita yg alah semasa awal kandungan, Alpha Lipid boleh membantu anda utk mengurangkan alahan tersebut.Si ibu juga akan berasa lebih segar dan sihat sepanjang tempoh kehamilan.Kandungan kalsium yg tinggi boleh mengelakkan sengal2 tulang atau kekejangan otot yg selalu berlaku kepada wanita hamil.Ada juga pengguna mengatakan dengan minum Alpha Lipid semasa hamil, badan akan mantain!!! Tidak naik badan secara mendadak seperti yang selalu berlaku kepada wanita hamil. 


SI BAYI:Mengikut pengalaman2 ibu yang minum Alpha Lipid sepanjang mengandung, mereka mengatakan bayi yg lahir kulitnya putih, halus dan gebu (macam colostrum agaknyaaa..)Bayi juga akan menjadi kelihatan bijak dan matang kerana mendapat khasiat Alpha Lipid yang merupakan brain food yg sangat membantu dalam peningkatan fungsi otak.Bayi juga akan kelihatan cergas dan mempunyai tulang yg kuat serta rambut yang cantik...insyaALLAH....Disebabkan bayi sudah menerima Alpha Lipid yang mengandungi faktor imun serta antibodi semulajadi sejak di dalam kandungan, kebanyakan bayi yang dilahirkan agak kuat sistem pertahanan badannya, dan sukar utk mendapat sakit kuning/jaundis selepas dilahirkan.

DALAM TEMPOH BERPANTANG:Ibu boleh minum Alpha Lipid sepanjang tempoh berpantang, ibu akan lebih segar dan Alpha Lipid akan membantu mempercepatkan penyembuhan luka2 dalaman semasa melahirkan.Susu badan juga akan menjadi banyak dan lebih berkhasiat utk diminum oleh bayi.Agen pembakar lemak yg terkandung dalam Alpha Lipid juga boleh membantu ibu langsing kembali seperti sediakala..

<<Banyak sekali fungsi khasiat Alpha Lipid ini, so apa yang anda tunggu lagi.Kalau anda tak lalu nak minum susu tepung biasa, minum je lah Alpha Lipid (kolostrum)..rasanya seperti VANILLA...memang sedapppp...


Sepanjang kehamilan jugak kita boleh terus mengamalkan alpha lipid lifeline untuk memastikan kita terus kekal sihat,cergas ,bertenaga dan jugak memberi khasiat dan kebaikan vitamin ,mineral yang sepenuhnya untuk baby.selepas melahirkan bagi memastikan kita mampu membekalkan susu yang berkhasiat dan membekalkan susu yang secukupnya untuk bayi anda sepanjang tempoh menyusu meskipun anda berkerja sepenuh masa.
Bukan itu shj susu badan pun byk...

P/S: gunakan LIFELINE secara konsisten. Bg mendapatkan hasilnya disaran suami isteri minum bersama setiap pagi sebagai sarapan pg...dan juga amalkan hidup yg sihat.






FIBREMAX






BERSIHKAN USUS KOTOR DGN FIBERMAX!!!

Kenapa rata2 kita bila DIET berat susah nak turun..mesti kita nak SALAHKN PRODUK kn..sebenarnya ia berpunca dari USUS..klu usus kita KOTOR mkn la JENIS PRODUK ape pun berat x kn turun malah BERTAMBAH2 lg ada la..

Usus kita ni kat permukaannya ada dinding villi, ibarat permukaan tuala mandi kita, berfungsi untuk menyerap. Pernah terfikir x camne rupa usus ya
ng banyak lemak dan kotoran?? Cuba kita buat eksperimen. Ce try amik tuala mandi korang, then cuba serap dengan minyak, then tepek2kan makanan kat tuala tu, biarkan selama seminggu. Berbau x?? mesti busukkan, dah la berminyak. eeee yek !! pastu cuba serap dengan air?? x boleh kan.. sama la juga macam usus kita, bila usus kita kotor, apa2 zat nutrisi usus dah x boleh serap, hasilnya toksin akan terjadi dan macam2 la penyakit mula datang. Dengan mengamalkn pengambilan FIBERMAX ia dapat membantu anda MEMBERSIHKAN USUS dan MELAWASKAN PEMBUANGAN BHN TOKSIN...

Tanda-tanda usus atau kolon kita tidak bersih:
1. Sembelit
2. Selalu kentut
3. Sering sakit kepala
4. Makanan Susah nak hadam
5. Selalu rasa lesu dan tidak bertenaga
6. Mood yang tidak menentu dan mudah marah
7. Nafas dan najis berbau
8. Perut buncit
9. Selalu lapar
10. Wajah kusam
11. Gastrik
12. Radang hati (pedih ulu hati)
13. Ulser Peptic.
14. Cirit-birit
15. Kanser kolon

Kesan jika usus kita kotor dan toksin berlebihan dalam badan:

1. Jantung stres atau lemah
2. Sakit sendi dan arthiritis
3. Menjejaskan fungsi otak dan boleh mengakibatkan nyanyuk
4. Menyebabkan muka pucat, berkedut, kulit cela, psoriasis
5. Badan lesu dan otot lemah
6. Obesiti
7. Cepat nampak tua
8. Kanser Usus yang bersih vs Usus kotor

●Stress, coffee, asap rokok dan tabiat pemakanan yang tidak betul akan memberikan kesulitan kepada perut kita, usus jadi kotor serta mengganggu sistem penghadaman kita.

●Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.

FAKTA-FAKTA MENGGEMPARKAN!!!

●90% pelbagai penyakit adalah berkaitan dengan usus yang tidak bersih - [KOLEJ PERUBATAN ENGLAND]
●500,000 kematian diseluruh dunia adalah disebabkan Kanser Kolon[THE STAR, 13 MEI 2004]
●5 juta rakyat Malaysia mengalami pelbagai masalah penghadaman seperti kesakitan bahagian perut, kembung, sembelit dan lain-lain.

10 MAKANAN YANG PERLU ANDA ELAKKAN KETIKA BERDIET



SUMBER KEVIN ZAHRI

10 MAKANAN MALAYSIA YANG MENGGEMUKKAN

Kita semua memang suka makanan. Lagi-lagi makanan lazat seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan seperti kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut?

Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.
● Nasi lemak adalah makanan kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong (170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?
Fakta: Nasi lemak tidak berkolesterol! Tak percaya???

2. Roti Canai.
● Roti canai paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi shj, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa?

"Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori" ...ada masakah?????

3. Nasi Goreng.
● Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.
● Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu???

5. Daging Burger
● Sebenarnya daging burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan dagingbburger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori? Untuk rujukan burger Burger King. Lebih 1000kcal.

6. Mee kari.
● Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.
● Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.
● Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.…Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.
● Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal. 6biji Donut mengandungi dalam 1200kcal.…
" tahukah anda bahawa 1x donut biasa mengandungi 200kcal! Kalau makan separuh dozen dah 1200kcal!! …"

10. Mayonis.
● Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!